Friday, April 12, 2013

PRU 13 - A bit about our constituency

Bandar Nusaputra , kawasan perumahan baru seluas 822 ekar terletak di dalam kawasan parlimen P113 Sepang/DUN N55 Dengkil. Kerusi parlimen dan kesemua kerusi DUN disandang oleh BN pada PRU12, Dato Mohd Zin dan DUN di dalam kawasan ini iaitu, N55 Dengkil, N54 Tg Sepat, dan N56 Sg Pelek. Maklumat penuh DUN boleh diperolehi di laman http://dun.selangor.gov.my/v2/ .

Pada PRU12 2008, sejumlah 62044 pemilih berdaftar di parlimen ini dengan peratus pengundian 79.20%. DUN N55 Dengkil pula mempunyai 26322 pengundi berdaftar. PRU13 pula menampakkan pertambahan bilangan undi seramai 84,471.

keputusan pilihanraya adalah seperti berikut:-

Parlimen P113:-
  • PR - Ir Mohammed Makki Ahmad - 21532
  • BN - Dato Ir Mohd Zin Mohamed - 26381

DUN N55 Dengkil


  • Marsum Paing (BN - UMNO) - 11, 838
  • Ishammudin Ismail (PKR) - 8,471
Secara keseluruhan, berikut adalah kemenangan parlimen/DUN mengikut parti:-

KERUSI PARLIMEN BIRU PEKAT = BN, BIRU MUDA=PKR, MERAH=DAP, HIJAU=PAS


KERUSI DUN - BIRU PEKAT = BN, BIRU MUDA=PKR, MERAH=DAP, HIJAU=PAS


Setakat hari ini, pengumuman rasmi belum dilakukan bagi calon P113 daripada BN, walaupun dikatakan akan meletakkan Dato Ir Mohd Zin. Tetapi PR telah meletakkan calon PAS sebagai calon parlimen P113 iaitu Mohamed Hanipa Maiden. Kerusi DUN pula akan ditandingi oleh calon PR(PKR) Borhan Aman Shah menentang calon dari BN Shahrum Mohd Sharif.



Wednesday, April 10, 2013

Road is finally open - Jalan Putra Perdana 6/6

Penduduk Nusaputra Presint 2 kali ini lebih perlu berhati-hati semasa keluar dari Presint2. Baru semalam, Jalan Putra Perdana 6/6 dibuka sepenuhnya oleh 'pihak pemaju Talam'. Walaupun Jalan ini sepatutnya dibangunkan oleh pihak pemaju Bandar Nusaputra (Taraf Unggul), tetapi Taraf Unggul telah melepas tangan dengan membiarkan pemaju tersebut menyiapkan jalan tersebut.

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh Penduduk Nusaputra:-
1) Ramai penduduk mengeluh kerana ketiadaan bonggol dipersimpangan tersebut.
2) Lori-lori kontraktor semakin banyak dan dibawa laju (penduduk yang membelakangi jalan ini merasakan macam ada highway belakang rumah)
3) Mat-mat rempit dah mula menggunakan litar baru ini untuk aktiviti mereka.
4) Sound barrier bagi penduduk Nusaputra yang membelakangi jalan ini

MPS cakap, jalan ini tak boleh dibuka selagi Taraf Unggul tidak membina infrastruktur sesuai (Bonggol, traffic light? , sound barrier). Tetapi semalam, 9 APRIL 2013, kelihatan penghadang jalan sudah dialihkan....

Pembahagi jalan yang sudah dialihkan pada 9 APRIL 2013


Kepada penduduk Nusaputra... selamat memandu pulang.