Thursday, May 27, 2010

Interchange Update - New hope?

As on 28th May.. some activity being done by the Taraf Unggul (Nusaputra Mgmt) to close the hole that they dig before (to prevent us from using the main road)














=========Email from our Nusaputra Resident to MPS==========

No. Siri Aduan: 8670
26 May 2010
37,
Jalan Nusaputra 4/2B,
Bandar Nusaputra
U/P : Abdul Hafeez Hamzah
MAKLUMBALAS JAWAPAN
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
Terima kasih atas aduan yang diberikan.

Untuk makluman pihak tuan,kerja-kerja pembinaan akan disiapkan setelah pihak pemaju menyiapkan kajian RSA Trafic Light dan pada masa ini kerja-kerja kajian sedang dijalankan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang En.Zulkefli Bin Mohamed Arif ditalian 03-83190200 Ext:232.
Oleh yang demikian, pihak majlis berharap tuan/puan berpuas hati dengan penjelasan di atas.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,

Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Sepang

s.k: Salehhudin bin Muhamad
Zon Putra Perdana
* Ini adalah cetakan komputer & tidak perlu ditandatangani


==================================================


Below are the links to made public complaint to State Government and JKR Selangor via email and e-aduan. I just did the complaint. Hope everyone can make a personal complaint too and pass aroung the information.

http://aduan.mpsepang.gov.my/
aduan@selangor.gov.my
aduan@jkr.gov.my
http://stars.selangor.gov.my/eaduan/edaftar.cfm?noeaduan=TRUE&CFID=18709&CFTOKEN=77637170
http://adu-jkr.selangor.gov.my/

1 comment:

  1. So, the ball is at Taraf Unggul side...

    Tuan,


    Terima kasih kerana merujuk permasalahan tersebut kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

    2. Berdasarkan rekod, Bahagian ini telah menerima aduan berhubung perkara di atas daripada pengadu yang lain. Permasalahan ini telah dirujuk kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 15 April 2010 dan maklum balas bertarikh 18 Mei 2010 yang diterima menyebut:

    a) Lanjutan daripada lawatan pihak PKNS bersama pihak PLUS pada hujung April lalu, pihak PKNS kini sedang menguruskan mesyuarat sebutharga bagi menjalankan kerja-kerja demi mematuhi spesifikasi tertentu. Dijangka kerja-kerja (penyiapan interchange) tersebut memerlukan tempoh enam minggu untuk disiapkan.

    b) Walaupun pembinaan jalan di bawah seliaan PKNS telah siap, tetapi jalan sambungan di luar sempadan kawasan pembangunan PKNS melibatkan Puchong Perdana/Nusa Putra masih belum siap sepenuhnya. Dalam hal ini, PKNS tidak boleh mendesak pemaju iaitu Taraf Unggul Sdn Bhd untuk menyiapkan jalan sambungan tersebut.

    3. Berdasarkan maklum balas tersebut, Bahagian ini akan merujuk isu jalan sambungan di bawah seliaan Taraf Unggul Sdn Bhd kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) untuk diberi perhatian sewajarnya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete