Friday, April 12, 2013

PRU 13 - A bit about our constituency

Bandar Nusaputra , kawasan perumahan baru seluas 822 ekar terletak di dalam kawasan parlimen P113 Sepang/DUN N55 Dengkil. Kerusi parlimen dan kesemua kerusi DUN disandang oleh BN pada PRU12, Dato Mohd Zin dan DUN di dalam kawasan ini iaitu, N55 Dengkil, N54 Tg Sepat, dan N56 Sg Pelek. Maklumat penuh DUN boleh diperolehi di laman http://dun.selangor.gov.my/v2/ .

Pada PRU12 2008, sejumlah 62044 pemilih berdaftar di parlimen ini dengan peratus pengundian 79.20%. DUN N55 Dengkil pula mempunyai 26322 pengundi berdaftar. PRU13 pula menampakkan pertambahan bilangan undi seramai 84,471.

keputusan pilihanraya adalah seperti berikut:-

Parlimen P113:-
  • PR - Ir Mohammed Makki Ahmad - 21532
  • BN - Dato Ir Mohd Zin Mohamed - 26381

DUN N55 Dengkil


  • Marsum Paing (BN - UMNO) - 11, 838
  • Ishammudin Ismail (PKR) - 8,471
Secara keseluruhan, berikut adalah kemenangan parlimen/DUN mengikut parti:-

KERUSI PARLIMEN BIRU PEKAT = BN, BIRU MUDA=PKR, MERAH=DAP, HIJAU=PAS


KERUSI DUN - BIRU PEKAT = BN, BIRU MUDA=PKR, MERAH=DAP, HIJAU=PAS


Setakat hari ini, pengumuman rasmi belum dilakukan bagi calon P113 daripada BN, walaupun dikatakan akan meletakkan Dato Ir Mohd Zin. Tetapi PR telah meletakkan calon PAS sebagai calon parlimen P113 iaitu Mohamed Hanipa Maiden. Kerusi DUN pula akan ditandingi oleh calon PR(PKR) Borhan Aman Shah menentang calon dari BN Shahrum Mohd Sharif.



No comments:

Post a Comment